About

Thursday, 29 May 2014

CARA MEMIKAT WANITA DI TEMPAT AWAM

CARA MEMIKAT WANITA DI TEMPAT AWAM

Kali ni aku nak sambung entri sebelum ni.Cara berdating ketika sedang pokai.Entri yang lepas untuk mereka yang dah berpunya.Jadi macam tak adil pula bila tidak ada entri untuk mereka yang single.So,jangan risau.Dengan pengalaman tidak cukup makwe selama 10 tahun yang aku ada,aku akan bantu kamu semua.Wanita pun boleh pakai cara ni,pandai-pandailah nanti.

Tunjukkan Minat
Katakanlah kamu sedang berjalan di sebatang jalan ke,dua batang jalan ke,dan kamu mengesan satu keindahan alam berjalan tepat ke arah kamu.Keindahan alam tu maksud aku wanita la.So,apa yang kamu akan buat?Jika kamu seperti kebanyakan lelaki lain,kamu hanya akan meneruskan perjalanan tanpa buat apa-apa dan kemudian kamu akan menendang diri sendiri.Atau berlari ke tandas sambil mencapai sabun.Mungkin malam itu kamu akan terbayang-bayang muka dia dan harap bertemu dengannya lagi.


Jangan bimbang,semua lelaki memang macam ni bila bertemu wanita cantik yang boleh buat hatinya terjentik,mereka hanya biarkan saja.Tanpa berbuat apa-apa.So,aku akan kongsikan sesuatu bila kamu berdepan situasi seperti ini.

Pertama sekali,kalau kamu minat pada seseorang gadis itu,maka kamu perlu buat sesuatu.Kamu bukan Justin Bieber,perempuan tidak akan mendekati kamu dan mula menggoda kamu tanpa sebab.Kamu perlu lakukan perkara-perkara berikut untuk memulakan perbualan dengannya.
  • Buat eyes contact dengannya.Tapi kamu kena ingat,kamu jangan pula memandang ke dada dan punggung dia pula.Pandang matanya.
  • Senyum.Jangan senyum keterlaluan.Nanti boleh menimbulkan masalah pula.
  • Selepas buat eyes contact,dan senyum.Kamu alihkan pandangan kamu sekejap.Dan lihat dia kembali.
  • Kalau dia masih melihat kamu selepas langkah-langkah diatas,maknanya dia berminat dan kamu sudah mendapat lampu hijau untuk mendekatinya.
Mendekati
Kamu perlu berani mendekati mereka untuk memulakan sesuatu hubungan.Malah,apabila kamu telah berjaya membuat eyes contact,tiada apa yang akan berlaku seterusnya melainkan jika kamu melakukan sesuatu untuk dijadikan modal bersembang dengannya.


Mulakan perbualan,ia adalah langkah yang terbaik.Jangan biarkan saja kerana kamu hanya mempunyai peluang yang sedikit sahaja untuk bertemu dengannya lain kali.Berjalan ke arahnya dan tanyakan sesuatu sehingga menjadi satu perbualan yang baik.Atau katakan sesuatu untuk mendapat perhatiannya.
Jangan Gunakan Ayat Jiwang
Sesiapa yang mahu memikat wanita perlu tahu bahawa ayat jiwang adalah suatu idea yang dahsyat.
Tidak masuk akal,bukan semua wanita akan cair dengan ayat jiwang.Ayat-ayat ini hanya membuatkan wanita itu fikir kamu seorang yang bodoh dan tak up to date.Ini bukan zaman P.Ramlee nak berayat “kau umpama bulan, bintang planet marikh bagai”.Kalau atas sebab tertentu kamu terkena sawan dan tiba-tiba terkeluar ayat jiwan tangkap leleh ni,maka pastikan untuk segera ketawa dan biarkan dia tahu kamu sebenarnya sekadar berjenaka.


Kalau boleh buat satu perbualan yang biasa saja,maka kamu mungkin sudah boleh mendekatinya tanpa risiko berlakunya kegagalan.Sememangnya ada wanita zaman sekarang yang masih suka mendengar kata-kata manis,tapi ia terlalu berisiko jika kamu anggap semua wanita suka mendengar ayat-ayat jiwan leleh ni.Di sini ada beberapa contoh ayat jiwan yang kamu tidak perlu guna :
  • Awak ni orang ke bidadari?Cantiknya awak.
  • Awak mesti penat sebab awak telah berjalan di kepala saya sepanjang malam.
  • Aku tidak pernah bermimpi untuk mencintaimu,tapi takdir pertemukan kita lalu aku jatuh cinta.
  • Wajahmu persis umpama bulan,kalau aku mampu akan ku capai bintang dan hadiahkan kepadamu.
Yakin
Setiap wanita berbeza.Ada yang berkata, “wanita semuanya sama.”
Salah tu salah.Lain wanita lain saiz payudaranya.Sekadar gurauan. Sambung balik.Setiap wanita berbeza,ada yang suka lelaki tough ada yang suka lelaki kurus ada yang suka lelaki bertubuh tinggi.Tapi satu perkara yang sentiasa berfungsi terhadap mereka walaupun kamu tidak ada ciri-ciri lelaki idamannya ialah keyakinan. Keyakinan bermakna,tunjukkan kepadanya yang anda benar-benar layak untuknya.Keyakinan adalah resepi kejayaan.


Jadi Diri Sendiri
Apabila kamu meminta nasihat dari seseorang tentang hal-hal memikat,kebanyakan jawapan yang kamu akan dapat ialah, “Jadi diri sendiri.”Walaupun ini adalah nasihat yang baik,ianya sangat tidak tepat.Kamu hanya perlu menjadi diri sendiri,tapi ianya tidak menyakitkan untuk berbohong sedikit untuk menarik perhatian seorang gadis,kan?Tapi jangan berbohong yang keterlaluan pula.Apabila kamu berada di tempat awam,kamu mungkin hanya mempunyai beberapa minit sahaja untuk bercakap dengannya dan kamu perlu tinggalkan kesan yang baik.


Bersembang
Bila kamu berjaya menarik perhatian seorang wanita dan dia menunjukan seolah-olah berminat,pastikan kamu meneruskan perbualan.Jangan berhenti disitu saja.Tidak ada yang lebih teruk daripada berdiam diri apabila kamu cuba untuk memikat seseorang.Ianya hanya membuatkan kamu kelihatan membosankan dan dia akhirnya akan mengambil keputusan untuk memutuskan perbualan.Malah jika kamu bercakap tentang sesuatu yang tidak menarik,ia jauh lebih baik daripada tidak bercakap sama sekali.Kamu juga mungkin menyimpan beberapa cerita menarik dan boleh digunakan bila-bila masa.

Di samping itu,cuba untuk menggunakan penyata dan bukannya soalan supaya dia tidak rasa seperti sedang ditemuramah.

Bertenang dan Rileks
Jangan menggelabah.Kamu perlu mengekalkan suasana yang santai semungkinnya kerana ianya akan membuatkan kamu kelihatan lebih yakin dan kamu akan lebih cenderung untuk bertindak seperti diri sendiri.

1 comments:

Caya lh.idea ni bagus tpi nape yk x boleh pakai ayat jiwang eah?????

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More